Saturday 9 February 2013

gULa-gULa ManiS iTu RACUN !!


gula-gula. sweet. candy. ataupun....... orang2 bandar panggil as CEKELAT!! nyummy! senang cakap. macam2 panggilan ada untuk benda dalam gambar diatas tu. walau nama berbeza, ia nya masih merujuk kepada benda yang sama... siapa aje yang tak suka gula2?? apa, orang tua tak suka gula2??? tipu lah.. cuba bagi..mesti mereka akan tersenyum tunjuk gusi tanpa gigi sambil tangan laju menyambut pemberian yg diberi.. kanak2 apa lah lagi. Menangis2 mahukan gula2 ini. pagi petang siang mahupu malam.. asal celik mata saja, pasti gula2 yang mereka cari.. "ibu, nak cekelat." hahaha.. (terbayang2 anak buah meminta ibu mereka gula2.. :) tak lupa jugak kalau ada walimatul urus.. rajin betul kanak2 kecil ini turut pergi. walhal, bukan makanan yang mereka cari tetapi gula2 yang mereka nanti.. (comel kan.... ngee~) kanak2 dulu dengan sekarang sama saja.. (teringat pulak zaman budak2, pergi kenduri. ambil gula2 pastu terus balik. tak makan pown.. he.. he.. )

gula2 manis kan kawan2??  sedap je kalau makan. tambahan kalau makan cadburry.. Ya Allah.. nikmatnya.. coklat yang lembut berkrim itu cair sedikit demi sedikit di dalam mulut.. subhanallah.. nikmat dunia :)
kita semua  masih mahukan gula2 walaupun kita sendiri tahu gula2 itu jika diambil terlalu banyak akan memudaratkan kesihatan.. banyak penyakit yg disebabkan oleh permakanan yang tidak terkawal seperti diabetes la, obesiti la, rosak gigi la, mcam2.. tpi, kita masih nak makan gula2.. betul tak kawan2?? (betul! betul! betul!.. sound like upin n ipin si botak dan si rambut satu )

sama juga macam jahiliyah. kita sudah tahu akan keburukan jahiliyah, tapi kita masih tidak dapat meninggalkan nya. (macam gula2 tak kawan2) . memang!! jahiliyah pada zaman dulu lebih terang-terangan seperti penyembahan berhala dan sudah tiada pada masa ini melainkan penyembahan berhala itu hanya dilakukan oleh orang bukan Islam.. (we are not taking about them actually.) tapi. dalam sedar tak sedar. hampir setiap perbuatan kita ini dimanipulasikan oleh pengaruh jahiliyah. pergaulan kita, percakapan kita, permakanan kita, dan banyak lagi.

"hey, abu. kau buat ap doh?"

 "wow. besar kan rumah si Tengek tu!"

 "jom lah pergi karaoke, aku belanja, kita ajak lah Bedah, Tipah, Mamat, Atan"

nampak tak. dalam sedar tak sedar. kehidupan kita hampir sama kan dengan pebualan di atas.(bukan semua.. hanya sebagai contoh. tidak terlibat antara yang masih hidup ataupun yang sudah dicabut nyawa  nya.. ) nak tegur orang pon kadang2 kita terlupa nak bagi salam. panggil orang dengan nama yang tidak sopan. dan yang paling ketara pada masa kini. keasyikkan remaja hari ini untuk pergi ber karaoke dan bersosial bercampur lelaki dan perempuan.bertepuk tampar dan sebagainya..(nauzubillah).. tambahan sekrg ni musim KPOP.. sana sini orang cakap pasal kpop.. tak salah kalau nak tengok. tapi kalau dah smpai setiap masa nak tgk kpop sampai dah tergila2 tu susah lah kawan2. bila je masa kita nak beribadah.bila je masa nya kita nak menuntut ilmu akhirat? 

benar. tidak mudah untuk kita berubah tambahan perkara itu sudah sebati dengan pergerakan kita seharian. macam gula2 juga, cuba kalau selama kita hidup ini, setiap hari kita mesti akan ambil atleast se bar coklat dan tiba2 untuk kesihatan kita, ada seseorg suruh kita berhenti dari mengambil coklat tersebut dan digantikan dengan kopi yang pahit.. mampu kah?? sehari dua mungkin mampu.. cuba kalau masuk ke seminggu dua?? mahu mengidam kan??

nak berubah dr pengaruh jahiliyah ini bukan senang.. perlu kan pengorbanan dan tahap kesabaran yang tinggi disamping berdoa kepadaNya. belakang pisau kalau di asah, lama2 boleh tajam jugak kan? tu lah yang kita kena buat. biar payah. biar sakit. asalkan kita berubah. biar sikit-sikit, lama-lama insyaAllah akan banyak. biar ada perubahan dari tiada langsung perubahan.. Allah melihat usaha kita, bukan melihat kejayaan kita. 
( sebab kejayaan kita pon Allah yang bagi.. (-,-*) )

so, kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian, mari mula semula. mula kan kehidupan yang baru. kehidupan yang lebih diredhai dan lebih mengikuti perintah Ilahi.. INSYAALLAH :)